Friday 11 December 2015

Please Prove You're Not a Robot

بسم الله الرحمن الرحيم
Bila baca tajuk mesti korang rasa pelik kan, kenapa tajuk yang Sab buat bunyi nya macam tu. Tapi bila tengok gambar yang Sab letak tu mesti korang faham kan apa motif disebaliknya. Semalam Sab ada terbaca ENTRY dekat pasal komen mengomen ni, cuak juga la baca entry akak ni. Gambar ni saya pinjam ye kak, tempek dekat sini kejap. Hehe

Korang semua pun mesti pernah jumpa kan gambar dekat atas tu? Ada yang dia suruh tick je and ada yang dia suruh pilih gambar and bila betul baru boleh publish kan komen kita. Pernah sekali tu, Sab ada join satu segmen ni. Macam biasa, bila dah join mana2 segmen or giveaway, mesti owner akan minta kita supaya komen tinggalkan link dekat page diorang.

Sab ni dah semangat komen and then nak publish kan la komen tu. Sebelum publish tu Sab pun dengan riangnya nak buktikan that i'm not a robot. Tekan la dekat space yang disediakan tu. Lepas tu naik la gambar suruh pilih bla bla bla. Gambar pertama, tak lulus, then naik gambar kedua, tak lulus juga, then naik lagi gambar ketiga, itupun tak lulus juga.

Dalam otak dah fikir macam2 ni. Teruk sangat ke aku ni sampai tak tahu nak pilih apa yang dia nak kan. Then Sab dah bengang, Sab pun terus click publish. Yang peliknya, boleh pulak publish. Siap naik dekat atas kotak tu that my comment will apa entah. Tak pernah baca ayat tu. Hehe. Takde pula dia kata tak boleh publish kalau tak tick benda alah tu.

Lepas kejadian tu, Sab tak pernah lagi tick benda alah tu. Sebab dah tahu boleh je publish kalau tak tick benda alah tu. Akak kita ni dah buat satu ENTRY baru terangkan tentang masalah yang dia hadapi. Tapi timbul juga persoalan dekat otak Sab ni:
Perlu/wajib ke aku tick dan ikut apa yang benda alah tu nak?
Komen aku muncul ke tak ea kalau aku tak tick benda alah tu?
Mohon bantuan penerangan daripada orang yang dah lama dalam alam blogger ni atau sesiapa sahaja yang mengetahui tentang situasi ni untuk jelaskan kepada newbie macam Sab ni. Bukan apa, cuma nak tahu je. Kalau tak tanya, sampai bila2 pun tak tahu? Harap ada yang sudi menjawab. Kerjasama daripada anda saya dahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH. Formal pulak hehe

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

No comments:

Post a Comment