Wednesday, 22 June 2016

Rose Soap By_Myna

Image result for rose soap by myna
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni rasa macam nak share satu testimoni produk yang Sab sendiri guna. Actually produk ni bukan Sab beli. Sab dapat produk ni hasil daripada menang giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Izzati Suhaide tempoh hari. Baru je beberapa hari pemenang diumumkan, terus Sab dapat hadiah. Siap hantar sampai depan pintu pagar lagi. Hehe. Thank you Blogger Khatty. Ada rezeki kenal dengan blogger dan berjumpa mata ke mata, muka ke muka. Cheewah. Hehe.

Image result for rose soap by mynaMinggu kedua dapat baru Sab guna. Sab ni jenis sayang je nak guna sesuatu hadiah. Tapi sayang lastly buang pun rugi juga. Sab dah guna dua minggu kalau tak salah. Ini masuk minggu ke-3 dah. Sabun ni boleh potong-potong. Jimat sangat sebab satu ketul kecil tu tahan dalam dua minggu jugak la kalau kerap guna. Satu buku tu boleh potong 8. Bentuk dadu. Tak kecil dan tak besar. Ok2 je. Jangan rendam dalam air sudah la. Mana-mana sabun pun kalau rendam dalam air, jadi cair. Rupa sabun dia macam yang dekat gambar sebelah tu. Besar juga la sabun nya.


Sebelum guna sabun ni, Sab guna Safi je. Sab actually susah sangat nak percaya dengan produk-produk kecantikan ni. Mana tak nya sekarang ni dah banyak benda tak baik yang berlaku. Memang Sab tak pernah beli langsung. Tapi Sab dah banyak tengok testimoni produk ni dekat instagram. Kebetulan owner of this produk pula kawan lama Sab masa secondary school dulu. Bila dah dapat sabun ni, excited sangat nak guna. Rasa takut untuk cuba produk ni kurang la sikit. Yela. Produk kawan sendiri. Confident level tu lebih la sikit.

Sabun ni 100% bahan semula jadi tau. No chemical. Insyallah Sab berani jamin.

Sab cerita dari awal ok. Masa mula-mula sekali guna, masa tengah urut muka dengan sabun ni, Sab dapat rasa yang kulit muka Sab lembut sangat. Masa tengah urut ni. Belum basuh lagi. After dah bersihkan, sumpah memang lembut je muka. Sampai rasa seronok pegang muka sendiri. Sab ni jenis kulit muka berminyak. Bila tidur waktu malam, esok pagi bangun mesti rasa melekit yang teramat sangat tapi after try this sabun, Sab dapat rasakan yang minyak dah berkurang. Sebelum tidur mesti nak bersihkan muka dulu dengan sabun ni. Kalau tak mesti rasa tak lengkap.

Ada lagi kesan baik yang Sab dapat rasa. Sebelum ni, Sab ada masalah jerawat dekat tepi dahi. Dah berapa minggu guna ni, Sab tengok jerawat tu dah hilang terus. Sekarang nak fokus dekat jerawat bahagian kiri pipi ni pulak. Degil sikit jerawat ni. Dah lama tapi tak hilang-hilang. Tapi awas !! Awas ok. Sesiapa yang ada alahan dengan aloe vera tak boleh guna sabun ni sebab sabun ni mengandungi aloe vera. By_Myna juga ada mengeluarkan produk bagi kulit sensitif. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke instagram By_Myna.
Kelebihan Rose Soap By_Myna: Sesuai kepada sesiapa yang mempunyai masalah jerawat dan kulit berminyak.
 Harga : RM30 (exclude postage) 
Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

4 comments:

  1. wahh macam best ja !! sudi2 la tekan iklan nuffnang kita ^_^

    ReplyDelete
  2. ooo bagus ni sabun ni.. boleh la kepada mereka yang diluar sana tu try..

    Blogwalking sini, jom baca

    Uber Taxi Malaysia article....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bagus. Lelaki pun boleh guna ^_^

      Delete