Thursday, 6 October 2016

Big Bowl Ice Taman Kota Laksamana, Melaka

Image result for big bowl ice kota laksamana
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni nak review lagi salah satu tempat yang Sab pergi. Dah lama juga la pergi tempa ni. Dah beberapa bulan yang lalu rasanya. Masa tu still dekat kolej. Hehe. Lama betul nak cari idea untuk menaip. Big bowl ice. Nama pun ada ais. Konfem la makan ais. Tempat ni junior rumah Sab yang suggest kan. Sab ni selalu keluar. Sampai tak tahu nak pergi mana. Then diorang la suggest Sab pergi sini. Masa mula-mula sampai, konfius nak masuk ke tak sebab dekat papan kedai ni ada tulisan Cina. Tapi bila dah masuk, ramai je orang melayu dekat dalam. Pekerja dia pun Melayu actually. Kedai ni memang ramai orang. Tempat duduk pun terhad. Siapa cepat dia dapat. Kedai ni pula jenis kedai yang tertutup. Agak padat la.

Yang Sab pergi ni dekat Taman Kota Laksamana, Melaka. Lepas Eye On, Belok kanan. Traffic light kedua ambil kanan lagi. Then terus je sampai ke penghujung taman. Sab hari tu tersalah ambil lorong. Nasib baik jumpa juga. Kalau tak kempunan la nak merasa ais sedap ni. Hehe

Apa yang ada dekat sini? Of course la ais. Macam ais kacang tapi tekstur ais dia unik sangat. Ais dia lembut sangat. Tak macam ais kacang biasa tu. Ais dia macam kapas. Macam ais salji. Padahal tak pernah pegang salji pun. Hehe. Tak tahu la dia guna ais apa, tapi ais dia lambat cair. Mungkin mesinyang digunakan tu yang buatkan tekstur ais dia tersangatlah lembut. Masuk mulut, terus cair. Macam makan gula-gula kapas tu. Best sangat. First time Sab makan, terus jatuh hati plus jatuh cinta. Nah belanja sikit gambar ais yang Sab makan.
Sab pun dah tak ingat apa nama dia. Lupa nak snap gambar menu. Tapi Sab nak habaq sikit nah. Menu ais dia memang banyak. Tersangatlah banyak. Terlampaulah banyak sampai tak tau la cek nak pilih hat mana hari tu. Haa keluaq Kedah aku. Hahaha. Yang ada ais krim tu, ais dia warna putih. Ais dia rasa macam ada susu. Lepas tu dia tabur dengan biji apa entah tak pasti but biji tu rasa masam-masam sikit. Sedap. Yang coklat tu, ais krim dia warna coklat macam dalam gambar. Rasanya pun coklat. Dia letak topping susu pekat manis. Dekat bawah ais krim tu ada jelly a.k.a. puding. Sab suka sangatrasa puding dia. Unik. Lembut je. Bukan lembut lagi dah. Lembik terus lah. Tapi memang sedap.

Harga? Dua-dua mangkuk ni RM20. Tapi berbaloi pada Sab sebab kenyang. Bukan sikit tau. Banyak. Tinggi menggunung. Dengan buah-buahan lagi. Dengan ais lembutnya lagi. Dengan sedap lagi. Perghhh. Memang mantap lah. Memang nak pergi lagi lepas ni. Hehe. Sab sarankan korang untuk cuba. Takkan menyesal. Korang boleh minta mangkuk apa yang korang nak. Kecil ke besar ke. Mana la tahu korang nak share ke. Tapi Sab sarankan kalau pergi ramai-ramai better ambil jenis lain-lain. Boleh la rasa itu sikit, ini sikit. Baru best.

Ok lah. Dah penat menaip. Sampai sini dulu ye. Bye korang !!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

8 comments:

  1. nanti ada masa,rasa nak pergilah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersangatlah disarankan... menyesal kalau tak pergi ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. Pergi la... Sab yg dah pergi ni pun rasa nak pergi lagi

      Delete
  3. Replies
    1. Bukan nampak sedap tapi memang sedap... You need to try this !!

      Delete
  4. Hi Sabrina, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete